LALUAN BAS NADIPUTRA
Bermula 1 Januari 2023, semua perkhidmatan bas henti-henti Nadiputra akan diurus dan dikendalikan oleh Rapid Bus Sdn. Bhd. (Bas Rapid).
Sebanyak tujuh laluan telah diperkenalkan yang akan beroperasi dari 6.30 pagi hingga 8 malam Isnin hingga Jumaat dan dari 7 pagi hingga 8 malam pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Bayaran adalah RM1 sehala untuk enam laluan, kecuali laluan P101 (Kompleks F – Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah – Persiaran Perdana – Presint 5).
Kaedah pembayaran tambang adalah tanpa tunai menggunakan kad Touch n Go dan kad konsesi MyRapid, dan kadar diskaun tersedia untuk warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan pelajar.
Baca Soalan Lazim untuk perkhidmatan daripada ini PAUTAN.
Butiran Laluan
Laluan | Asal | Destinasi | Tambang | Kekerapan Waktu Puncak | Kekerapan Bukan Waktu Puncak | Risalah |
---|---|---|---|---|---|---|
P101 | PPJ191 – KOMPLEKS PARCEL F | PPJ19 – HERIOT-WATT UNIVERSITY P5 | PERCUMA | 10 Minit* | 30 Minit* | Papar PDF |
P102 | PPJ187 – KOMPLEKS PARCEL E (BARAT) | PPJ111 – PERUMAHAN PRESINT 11C (BARAT) | RM1.00** | 20 Minit* | 40 Minit* | Papar PDF |
P103 | PPJ187 – KOMPLEKS PARCEL E (BARAT) | HENTIAN P14 | RM1.00** | 20 Minit* | 40 Minit* | Papar PDF |
P104 | PPJ34 – DATARAN GEMILANG | PPJ14 – PRESINT 6 (SELATAN) | RM1.00** | 20 Minit* | 40 Minit* | Papar PDF |
P105 | PPJ34 – DATARAN GEMILANG | PPJ187 – KOMPLEKS PARCEL E (BARAT) | RM1.00** | 20 Minit* | 40 Minit* | Papar PDF |
P106 | PPJ187 – KOMPLEKS PARCEL E (BARAT) | PPJ41 – KEMENTERIAN PERTANIAN | RM1.00** | 20 Minit* | 40 Minit* | Papar PDF |
P107 | PPJ373 – PUTRAJAYA SENTRAL | PPJ34 – DATARAN GEMILANG | RM1.00** | 30 Minit* | 60 Minit* | Papar PDF |
P108 | PPJ373 – PUTRAJAYA SENTRAL | PPJ187 – KOMPLEKS PARCEL E (BARAT) | RM1.00** | 20 Minit* | 40 Minit* | Papar PDF |
*Waktu puncak
6.30 pagi–9.00 pagi
4.30 petang – 6.00 petang
*Waktu Bukan Puncak
9.00 pagi – 4.30 petang
6.00 petang – 8.00 malam
*Kekerapan pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 45 Minit
**Hanya pembayaran TANPA TUNAI diterima (Touch ‘n Go atau Kad Konsesi MyRapid)
**Diskaun 50% untuk Pemegang Kad Konsesi MyRapid (Warga emas, OKU, Pelajar)
**Sila pastikan baki minimum RM3.00 dalam kad.