Kompleks Nasyrul Quran
Detailed Information

Kompleks Nasyrul Quran (Jawi: کومڤليک‌‌س نشر القرآن) ialah sebuah pusat percetakan al-Quran yang beroperasi di Malaysia. Ia merupakan pusat percetakan al-Quran yang kedua terbesar di dunia selepas Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd. Kompleks ini terletak di Presint 14, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kompleks ini menyasarkan percetakan sejuta naskhah al-Quran setahun dan 30 peratus daripadanya akan diwakafkan di negara-negara Islam yang kurang berkemampuan dan negara yang mempunyai penduduk minoriti Islam.

Jumlah kos pembinaan kompleks ini adalah sebanyak RM60 juta untuk tujuan bangunan dan pembelian mesin cetak. Bangunan ini dibantu oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Kompleks ini mula beroperasi pada 13 Jun 2017 dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

error: Content is protected !!