Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Hari Terbuka Putrajaya (Putrajaya Open Day – POD) 2026 pada 29 Januari hingga 1 Februari 2026 bertempat di Dataran Putrajaya dan Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.
Untuk makluman, Hari Terbuka Putrajaya (POD) merupakan acara tahunan PPj yang telah memasuki edisi ke-5 penganjurannya. Pada tahun ini, ianya akan disambut bersekali dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-22 dan Ulang Tahung PPj ke-30. Penganjuran ini bagi menyokong hasrat kerajaan untuk memberi peluang kepada orang ramai dan pihak berkepentingan mendapatkan perkhidmatan dan maklumat yang ditawarkan oleh kerajaan termasuk juga pihak swasta di bawah satu bumbung. POD pada tahun 2026 mensasarkan seramai 200 ribu pengunjung selama empat (4) hari penganjurannya bagi merancakkan aktiviti ekonomi dan pelancongan terutamanya di Putrajaya sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
| Tarikh | : | 29 Januari hingga 1 Februari 2026 |
| Masa | : | 9.00 pagi – 6.00 petang (Khamis – Sabtu)
9.00 pagi – 5.00 petang (Ahad) |
| Lokasi | : | Kompleks Perbadanan Putrajaya & Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya |
