KENDERAAN TRANSIT ALIRAN AUTOMATIK (ART)
Detailed Information
KEMBALI DI PUTRAJAYA
Perbadanan Putrajaya (PPj) akan memulakan tempoh percubaan operasi Kenderaan Transit Aliran Automatik (ART) selama tiga (3) bulan, bermula 13 Mei hingga 31 Julai 2024. Projek rintis di Putrajaya ini adalah merupakan usaha PPj bagi mengetengahkan ART sebagai salah satu mod pengangkutan yang boleh melengkapkan rangkaian sistem sedia ada.
Dua (2) laluan diperkenalkan sempena tempoh percubaan ini iaitu laluan 1A yang akan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat, bermula dari MRT Putrajaya Sentral menghala ke Lebuh Wawasan, Persiaran Perdana, Lingkaran Gemilang dan kembali semula ke MRT Putrajaya Sentral.
Mana kala laluan kedua iaitu laluan 2B hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, akan turut bermula dari MRT Putrajaya Sentral ke Persiaran Perdana, kemudian menghala ke Lebuh Bestari, Persiaran Timur dan IOI Putrajaya sebelum kembali semula ke MRT Putrajaya Sentral.
Orang awam yang ingin mencuba sendiri pengalaman menaiki ART hanya perlu menggunakan aplikasi melalui kod QR yang disediakan di stesen mengambil penumpang. Sebanyak tiga (3) trip disediakan setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Nantikan maklumat lanjut di laman media sosial rasmi PPj.