PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA
Contact Information
Precinct 5, 62000 Putrajaya Wilayah Persekutuan Putrajaya MALAYSIA , PUTRAJAYA, PUTRAJAYA 62000, Malaysia
+60388876000
+60388876499
enquiry@picc.com.my
https://www.picc.com.my/
Detailed Information

Tersergam megah di puncak tertinggi Putrajaya, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) merupakan pusat berteknologi tinggi yang dirancang dengan teliti untuk sebarang acara persidangan.

Dengan keluasan 135,000 meter persegi, atau lebih kurang 1.3 juta kaki persegi, reka bentuk mercu tanda ikonik yang menghadap ibu pejabat kerajaan Malaysia ini mengambil ilham daripada bentuk ‘Pending Perak’ (kepala tali pinggang perak diraja Melayu). Manakala rekaan dalaman diolah berdasarkan inspirasi fabrik mewah yang digunakan secara tradisional dengan tali pinggang perak.

PICC berupaya menampung acara mega sehingga 8,000 perwakilan dengan selesa selain menawarkan kemudahan Dewan Plenari untuk 3,000 delegasi, Dewan Bankuet untuk 2,500 orang, dua dewan pelbagai fungsi, 11 bilik mesyuarat dengan kapasiti 20 orang dan 1 suite untuk kegunaan VIP/VVIP.

error: Content is protected !!