Jambatan Seri Setia, Putrajaya
Detailed Information
Jambatan ini menghubungkan Presint 4 di Pulau Utama dan Presint 19. Kedudukannya di hujung tenggara Persiaran Perdana membuatkannya satu mercu tanda dan menjadi jalan utama ke Pulau Utama dari arah tenggara.
Struktur Jambatan
Reka bentuk jambatan mengandungi tujuh rentasan sepanjang 30m di antara garisan tengah tembok. Ia mempunyai jalanraya dua hala tiga lorong selebar 10.5 dengan leebar garisan 0.5m. Lebar pembahagi jalan ialah 3m manakala ia mempunyai lorong pejalan kaki dan basikal. Kecantikan jambatan ini diperindahkan lagi dengan beberapa ciri seperti berikut:
- Panel fascia pratuang
- Kotak pokok di garis tengah jalan
- Selusur dengan ciri-ciri senibina tersendiri
- Cahaya dengan lampu hiasan