Jambatan Seri Perdana, Putrajaya
Detailed Information

Jambatan Seri Perdana sepanjang 370m itu merupakan sebahagian daripada laluan protokol dan dibina merentasi Tasik Putrajaya. Reka bentuknya bercirikan Islam dengan 8 kawasan rehat untuk pengunjung menghayati pemandangan yang menakjubkan sekeliling kawasan tasik termasuk Pejabat Perdana Menteri dan Masjid.

Struktur Jambatan

Jambatan ini dibina daripada 7 rentangan tengah sepanjang 75m dan 2 rentangan hujung sepanjang 55m. Terdapat dua jalan raya berasingan di atas dua galang kotak sel kembar. Dalam keratan rentas, lebar keseluruhan di antara hujung dua kotak galang itu ialah 23m. Lorong pejalan kaki dilengkapi dengan susur manakala garis tengah jalan pula dibarisi lampu jalan berhias.

error: Content is protected !!