Ia adalah jambatan tambatan kabel yang menjadi satu mercu tanda di Putrajaya. Sebagai penghubung utama di antara Presint 2 dengan Pulau Utama dan kawasan kediaman Presint 8, Seri Wawasan menjadi penghubung yang pentingĀ ke Presint Pembangunan Bercampur. Dikategorikan sebagai ‘jambatan pengenalan’ Seri Ehsan juga merupakan kemudahan penghubungan penting di antara Presint 8 dan Pulau Utama.
Struktur Jambatan
Jambatan konkrit ini ialah kombinasi gantungan kabel dan struktur berikat keluli. Ia mempunyai jalan raya dua hala tiga lorong selebar 18.6m masing-masing terdiri dari 3 x 3.5m lebar jalan, 0.5m bahu jalan dan 0.5m garisan tengah. Lebar pembahagi jalan ialah 4m manakala lorong pejalan kaki dan trek basikal pula 5.1m menjadikan lebar keseluruhan 37.2m di bahagian tengah jambatan.